Saturday, October 18, 2008

jom jadi manusia hebat :)

Entri ini untuk saya memotivasikan diri,dan untuk kamu semua erm.. baca.

Fikiran positif.Kawan saya selalu nasihatkan aku untuk berfikiran positif untuk semua benda.Kalau ada masalah,janganlah mengadu pada dia,sebab nanti dia suruh fikir positif.Pada dia,perangai manusia ini hanyalah perkara remeh,kalau orang mengata kita,usah pedulikan,jangan rasa sakit hati,jangan terasa,jangan ambil kisah,just let go,dan teruskan hidup dengan bahagia,dalam erti kata lain,buat bodoh je lah.Bila kita tahu orang mengata kita,kita dengar dan biarkan sahaja,itu semua akan hilang dengan sendiri.Jangan kita sekali-kali ambil hati sampaikan raya pon taknak minta maaf.

Sekali kita jatuh,ayuh bangkit semula!Gagal sekali tidak menunjukkan bahawa kita adalah seorang yang gagal,bangkit semula dan berusaha lagi,satu hari nanti,rezeki akan datang kepada kita.Fikir secara positif,sedih,sedih juga,tapi jangan asyik sedih sampaikan tak cuba untuk bangkit semula.Senyum,tolak ketepi kegagalan,mulakan langkah baru.Bismillah,lakukan semua kerja anda dengan hati yang ikhlas,dan sentiasalah jadi orang yang optimis.

Tapi kalau kita selalu berada di atas,jangan pula bermegah diri,kerana kalau bermegah diri,nanti tergelincir pula kita jatuh.Masa itu baru sedar langit tinggi atau rendah.Ambil pengalaman orang yang pernah jatuh sebagai pengajaran kepada kita,pengajaran untuk kita tidak leka berada di atas.Pengalaman itu amat penting untuk mengajar orang berhati-hati dalam hidup,pengajaran juga penting untuk kita mengambil iktibar meneruskan hidup.

Orang kata,sabar..telan je semua masalah,geram atau segala tekanan.Sabar..mungkin harini hari mereka,hari esok mungkin hari kita.Orang tak peduli tentang ke-happy-an kita,dengan muka 'buat bodoh' mendengar cerita kita,tak apa,tak apa,tak apa.Kita penat,stress sebenarnya,saja menunjukkan muka happy untuk rasa happy,tapi tak dibalas,tak apa,tak apa,tak apa.Dan bila kita mengadu dengan perasaan yang sungguh sedih,juga tak dibalas,tak apa,tak apa,tak apa.Sabar..Pasti ada hikmah disebaliknya,gembirakan hati kita dengan benda lain,tapi jangan pula simpan semuanya di dada.

Kadang-kadang,perasaan jealous terhadap the rich and famous menguasai diri.Rasa seperti diri ini sangat kecil di kalangan mereka.Tapi kena ingat,kadang-kadang rich and famous ni tak dapat sesetengah benda.Tak kisah la rich dengan apa,samada wang,kawan atau masa.Money is not everything.Bukan semua kawan adalah kawan yang baik.Time is gold,kalau tak isi masa dengan kesibukan sebagai seorang PELAJAR yang memang berlagak seperti pelajar,kita tak rugi,kan?Hidup simple kadang-kadang seronok,duit sikit pon tak apa,mak bagi banyak itu,banyak itulah yang perlu digunakan dengan cernat.Kawan tak ramai pon tak apa,the important thing is kita ada kawan-kawan yang sedikit tapi sangat baik.Yang penting kena live life to the fullest.

Jom jadi manusia hebat.Hebat dari segi pengetahuan,dan amalan.Bukan hebat dari segi muka cantik serta baju cantik.Ilmu itu adalah pengetahuan yang paling hebat perlu kita kejar,bukan barang-barang branded.Barang-barang branded pon boleh rosak juga.Ilmu tidak akan rosak kalau input-nya baik-baik belaka.

Saya mahu jadi manusia hebat.siapa nak join?Jom jadi optimist dan jauhi mereka-mereka yang pessimist.

Hidup ini hanya sekali,kalau bukan sekarang nak jadi orang hebat,bila lagi? ;)

nota kaki:
kami,dentistry students,telah dapat cuti 2 hari seminggu.terima kasih kepada jadual yang menjadi sangat packed. :)

p/s:
entri ini memakan masa seminggu.Saya bukanlah se-free yang disangka :)

Wednesday, October 15, 2008

hujan batu di negeri orang.

Sedang kami berseronokan berborak di restoran nusantara menikmati dinner yang berharga 10 genih seorang(disebabkan kami tiada dapur lagi),Tiba-tiba sesuatu telah jatuh dari langit.Besar-besar dan banyak!hentaman ke bumbung yang amat kuat membuatkan kami terus melihat keluar tingkap.Abang-abang yang bekerja di nusantara sudahpun keluar menikmati hujan yang telah lama tidak turun.tapi,bukan calang-calang hujan yang turun semalam!hujan batu yang turun semalam.

Walaupun tahun lepas aku dah pernah rasa hujan batu time winter masa aku pergi revision zoology yang hanya beberapa orang yang hadir.sejuk gila tak tipu,menggigil-gigil.

tapi tahun ni,hujan batu turun time sebelum winter.nasib baik aku terbawa camera,inilah yang terhasil...

video


Tangan goyang sebab nak elak ais kena camera.Dan ye,aku AMAT jakun.haha :p


Selepas hujan batu,ais-ais yang cair telah menybabkan banjir.hurm bagus betul.Jom redah banjir balik rumah!haha.


bila aku happy,tak bermaksud aku sebenarnya happy.
bila aku ketawa,tak bermaksud hati aku sebenarnya riang.
bila aku ke kelas,sebenarnya ada sebab selain untuk belajar(tapi BUKAN untuk mengusha orang)

sebenarnya,ada benda aku nak cakap,tapi aku takboleh cakap.Macamana?Simpan je la kegeraman ini kan?

Wednesday, October 08, 2008

homesick.

Check-in lambat.Bukan sebab lambat sampai,sebab ade travel agent yang bongok potong line kami.Puas dah marah 'miss!kitorg sampai dulu!' ,dia relax je menguruskan arab-arab yang busuk-busuk tu.bengong,takkan aku bergerak dari tempat itu,dan memang itu yang kami buat,tak bergerak.sukati korang la nak buat macamane nak potong line kami.Dapat seat yang paling hujung,dengan itu makanan pilihan habis sebelum sampai kepada kami.pfftt.

betapa hujungnya tempat duduk,sayap pon kelihatan jauh


Bahrain seronok.Transit 20 jam (bukan 12 jam,kesilapan membaca ticket).Syukur dapat hotel dan visa 24 jam secara FOC.Hotelnya besar gile.Pars international Hotel.tengok lobby mcm jenis 3 bintang.Masuk bilik..fuyoh!saya tabik!Bangunan-bangunan Bahrain sangat unik,kebanyakannya ada kembarnya.Alah,mcm KLCC,tapi lain shape.Makanan hotel double thumbs up!perut kenyang,hati riang.tak beli apa-apa sebab,tak bawa duit USD dan erm..duit mereka lagi besar daripada USD.1 Bahraini dinar bersamaan lebih kurang RM10.*telan air liur.Jalanraya senyap,tak wujud segala bunyi hon,kereta canggih-canggih.

flag Bahrain yang sangat simple



bangunan gulf air yang cun



Pars International Hotel yang seronok 1



Pars International Hotel yang seronok 2


Sampai Mesir,terus nampak perkara yang tidak digemari.International Airport yang tak macam International Airport.Sampai Mansoura pada maghrib hari,menumpang di rumah kawan kerana rumah sendiri tiada orang.mereka belum pulang.

Kelas dah start.Syukur dapat kelas 50% english,50% arabic.thanks to the new dean.takde la garang sangat.Tahun ni perlu belajar rajin-rajin.dentist punya rules ketat juga,kalau 3 paper tak pass,maksudnya tak boleh repeat paper,terus kena repeat year.Tahun ni ada 8 subjects.*tarik nafas panjang.

Saya homesick.teruk punya.tak pernah mcmni nangis mcm kucing.mata bersinar-sinar bergenang air mata cewaaah.2 hari di Mesir,2 hari jugalah saya homesick.Rumah kawan ni internet bengong sikit,tak dapat call rumah,sedih. sms,tak dilayan sangat.dibalas pendek-pendek sahaja,sedih.Tengok rumah baru,sedih juga.Tapi mungkin sebab tak kemas lagi.kita perlu berfikiran positif,kan?

sangat rindu rumah :(

Saturday, October 04, 2008

short note.

esok,esok raya ke-5.Ada sesuatu yang hebat akan berlaku.

saya akan pulang esok!ye,esok!5 october 2008 bersamaan dengan 5 syawal 1429 Hijrah.

pulang ke mesir.tanah tempat ilmu diterima.

tahun ni,kelas 6 hari seminggu. best giler.jealous kat budak medic.haih.

tapi insyaAllah akan cuba dapatkan juga lecturer mengajar dalam bahasa universal.Mereka kata,lecturer dah mengajar 50% bahasa arab,50% bahasa inggeris.Oi arab!tolongla belajar memahami bahasa inggeris.aku dah fed up.

aku amat berharap,tahun ni,aku takkan tension sampai menangis time belajar.sebab,time sekolah dulu,aku tak pernah belajar mcmane nak jadi tension belajar pon.Pelik,baru 1st year dah tension2 sangat.kakak aku la yang cakap tu.sebab dia time first year tak tension pon,naik third year baru start tension.dan dia belajar medic.haih.muda-muda tension,takut juga.

aku dah bawa milo,oreo,megi segala macam.ikan bilis pon 2 kilo.harap-harap cukup.beg besar daripada aku.best kan?30 kilo.separuh pengsan mengangkat.angkat untuk timbang je pon dah mencungap-cungap.haha.

baju tak banyak macam yang aku idamkan.sedih juga lah.hurm.berkorban lah juga.jangan mati sebab tak makan kan?makanan penting untuk belajar,bukan?

esok,flight pukul 12.15 tengahari.cepatnye.rasa mcm nak duduk je sini dan hanya balik untuk exam je.haha.flight saya gulf air.hurm bersiap sedia dengan plane yang tak best time depart dan landing serta kemungkinan besar tv pada seat tu tak berfungsi dan pramugari yang menyampahkan semua orang yang tak kisah pon kalau tv seat kau tak function walaupon dah banyak kali ditegur.huh!

so,saya akan pulang ke egypt.jaga diri semua!thanks for everything.insyaAllah jumpa tahun depan.doakan saya lulus exam dan dapat naik tahun ke-3.tiba masa untuk bertungkus lumus!

last but not least,selamat hari raya,maaf zahir batin,selamat kaya dengan duit raya.jangan boros ya?jaga diri,jaga kesihatan :)

ok.nak bermanja dengan mak.bye!