Sunday, June 29, 2008

hati berkata:silalah luahkan perasaanmu!

barang sudah kemas.buku sudah simpan.Alhamdulillah result ok,makanye tak perlu membawa pulang buku.Tuhan,ku amat berterima kasih kepadaMu!

rumah oh rumah!mana kau rumah?puas fikir fasal rumah.orang banyak songeh,nyah kau dari aku!orang kaye,saya tak sanggup berurusan dengan anda.takpe lah,kalau kamu mahu,saya undur diri.terima kasih kerana membuat saya sedih.maaf,saya tak kaya seperti anda.saya tak ada ayah untuk bank-in duit sepanjang masa.mak saya tak kerja,sila la faham.jangan pujuk.saya tak sanggup sewa rumah mahal.nanti apa kata mak?kamu ke sana mahu belajar atau hidup mewah?lainlah kalau dapat bantuan kerajaan.itu lain cerita.itu pon satu hal,samada sememangnya layak ataupun dengan bantuan orang.kalau memang layak,tahniah buat anda,kalau guna bantuan orang,buat apa nak megah diri?arwah ayah pernah cakap,ayah tak suka orang guna bantuan orang lain untuk dapatkan apa yang dia mahu.itu sangat tidak adil bagi orang lain.jadi,jika mahu sekalipun,jadikanlah ia sebagai pilihan terakhir.

terima kasih ayah,ayah telah mengajar saya berfikir.terima kasih Tuhan,kerana telah memberi saya seorang ayah yang banyak mengajar saya.walaupun Tuhan mengambil ayah daripada saya,saya redha.terima kasih kerana memberi saya peluang untuk merasa kesayangan seorang lelaki bernama bapa.aku amat bersyukur.

oi orang kaya,jangan senang sangat hidup senang kerana Tuhan itu Maha Berkuasa!kekayaan tidak boleh dibawa ke kubur,ingatlah itu.sekali Tuhan tarik kesenangan,masa itulah baru termangu.dengarlah nasihatku,sebab aku sudah rasa.Tuhan ambil ayahku daripada ku,kesenangan hidupku juga ditarik kerana selama ini,diriku spoiled.lupa diri,sikit2 dad,i want some money please,dengan muka gedik2.ayah hanya memberi,mak pula sibuk bertanya untuk apa.tapi ayah tetap beri.sekarang,ayah sudah tiada.mahu meminta duit daripada mak pon perlu fikir 20 kali.mak sering pesan kepada anak-anaknya,ayah kamu dah takde,kena la jimat2,sebab mak tak kerja.

terharu jangan kata.air mata berlinangan tak terkira.tapi terpaksa akur dengan nasib diri.yang mampu dilakukan hanyalah sedar bahawa dunia itu sementara,dan berusaha untuk menjadi insan berjaya.Dr Hannah Sahimi terngiang-ngiang di telinga.insyaAllah dengan doa kalian,aku akan berjaya.

bagiku,barang berjenama tidaklah penting,asalkan berpakaian,semua itu tidak dihiraukan.ada kala,baju murah juga yang lawa dan overshine pakaian lain.itulah yang dikatakan lain dari yang lain.beli barang mahal,tapi jika jalan-jalan ternampak si dia yang memakai baju yang sama,perasaannya sangat tak seronok kan?baik beli barang murah yang nampak mahal,tetapi hanya anda seorang sahaja yang memilikinya.tatkala orang bertanya,perlulah berbangga diri mengatakan baju itu murah saja sebenarnya!

yang paling penting adalah esok!gulf air menanti diri!30 jun tarikh keramat.oh mak,oh luqman!nantikan 1 julai dengan penuh sabar.nasib baik kak yong sampai pada tarikh yang sama,1 julai.kalau tidak,mak perlu berulang kali ke KLIA,harga minyak pon dah naik.adoi,terpaksa menggunakan duit poket sendiri.tetapi,MASALAH BESAR!di dalam poketku hanya wujud duit Mesir,tiada duit Malaysia.takpelah,akan ku cari money exchanger nanti.akan ku tukar semua duit yang ada.

agak-agaknya,apa yang telah berubah di Malaysia?selain parlimen yang baru dan harga minyak yang mencekik darah?setahun telah ku tinggalkan,harap-harap,Malaysia masih sejuk berbanding Mesir.Mesir sangat panas,diriku juga telah gelap.Harap-harap mak masih mengenaliku.walaupun diriku telah gemuk dan gelap.bak kata orang,itu tandanya gembira.heh?gembira?itu sebenarnya tanda tension belajar,tanda winter mahu tenaga,tanda makanan di sini semuanya halal dan sedap.harhar.

adoi,janjiku entry tentang percutian di Alexandria belum ditunaikan!ape kate,kita jumpa di Malaysia?akan ku tulis tentangnya di sana nanti.

4 comments:

sakibakidaki said...

betul hannah. dapat scholar sebab makcik/pakcik/jiran sebelah/anak angkat atuk(makcik angkat) kerja dengan pihak yang kasi scholar. hampeh je. potong jalan orang lain tu zalim. betul tak ustazah?

hannahsahimi said...

weih aku bukan ustazahhh!!
huhu..
ye nak,potong jalan orang lain tu zalim..huhu

Anonymous said...

rezeki tuhan bagi

hannahsahimi said...

sile terterakan nama anda,sekian.
saye amat geram dgn sikap anda yang seperti tikus menyorok diri dan mengcomment blog saye.sekali lagi,sekian.