Wednesday, August 20, 2008

200820082008

ada 3 2008!!
mulanye aku cukup puas hati dengan kewujudan 2 2008,tapi seorang abg senior menegur aku,

dia : tunggu la sampai pukul 8.08 malam.
aku : eh kenape pulak?
dia : 20:08 20.08.2008

cantik ya nombor ni!kalau la aku cukup matang,kaya dan ready memikul tanggung jawab itu,aku dah ambil dah waktu tu pada tarikh itu sebagai waktu nikah aku..hahahaha

tapi malangnya,aku tak cukup matang lagi,tak kaya dan tak ready memikul tanggungjawab berat itu. ;)

200820082008.ape aku buat?
aku tengah tengok too fast too furious di channel cinemax.

Terima kasih Tuhan!kerana memanjangkan umur aku untuk menikmati hari ini.sejak semalam,aku dah sangat bersyukur jantung aku masih berdegup lagi.

kelmarin ke Institut Terjemahan Negara Malaysia(ITNM) di wangsa maju.aku kena ambil terjemahan slip result aku.walaupun aku tak berapa puas hati dengan terjemahan pakcik entah siape yang berharga RM120 tu,tapi aku rasa macam takpa la..aku terima seadanya.tetapi,semalam juga rakan aku di mesir bagi terjemahan slip result yang dia tolong terjemahkan kat kedutaan malaysia di sana.tak secekik darah ITNM,dan terjemahan tersebut sangat memuaskan hati aku!argh,aku merasakan diri aku tertipu!dengan RM120 tu,aku boleh beli satu pasang baju kurung yang cun yang haritu aku jumpa yang aku terintai-intai beberapa kali tapi tak boleh beli sebabbbbbbb... duit aku dah hangus.tapi apa boleh buat, at least aku dapat tahu betapa jauhnya tempat ITNM tu sampaikan aku kena bangun dan mandi extra awal pada hari tersebut.dah la aku missed tengok oprah winfrey show! :(

aku pantang sikit orang naikkan darah aku!lagi2 kalau orang nak mengata kawan2 sekolah aku.walaupun lain agama dan bangsa,aku sayang mereka!! kenapa perlu utarakan arahan sebegini?

'jangan dah la kawan dgn diorg tu.'
'tak boleh tau kawan dgn diorg.'


lagi2 kalau aku kena melalui situasi sebegini...

skolah mane dulu?
skolah yu hua.
ha?
it's a chinese school.
orang itu pandang aku atas bawah,dgn muke sinis tak boleh bla aku rase mcm nak tumbuk dan campak dia kat sungai nil!fuuhhh!
kenapa mesti kena skolah kat situ?

babi.aku hampir mencarut dan jari tengah hampir naik ke atas menunjuk langit!ini bikin hati gua panasss!!tapi memandangkan orang tu aku kena jumpa selama aku di mesir,aku terpaksa senyum sahaja.walaupun rupa sangat alim,racist itu tidak bagus,ok?so,kepada sesiapa yang terasa,silalah sedar!racist tu hanya untuk orang2 zaman jahiliah dulu!kalau taknak digelar kuno,baiklah kau senyap je,dan biarkan aku go on dengan life aku.terima kasih.

ye,orang sebegini wujud!tak caye?kau try la jawab kau dari skolah cina or skolah orang putih whatever,tgk reaksi mereka.samada kau akan dapat reaksi 'wahh bagusnye!' ataupon seperti yang aku elaborate dalam dialog tadi.

aku rasa orang perlu sedar bahawa di egypt a.k.a mesir itu adalah sama dan bukanlah hanya wujud orang2 yang mendalami ilmu agama.sebab aku pernah mengalami situasi ini..

belajar kat mane dik?
egypt.
ohh..mane tu?
mesir.
ohhh mesir tau la!
org itu pandang aku atas bawah mungkin sebab cara aku berpakaian itu tidak sama dengan apa yang dia rasa orang di mesir pakai
(aku hanya mampu senyum)
di mesir tu boleh ke pakai macamni?
bolehhhh..
ohhhhh(pandang atas bawah lagi)..ingatkan kena pakai jubah je.
eh taklahhh..haha
belajar ape?
dentistry.
ohhh..ade ek dentistry kat sane?makcik tau ade bidang agama je.(gelak besar)


ceh.aku tak tau la pula mesir=jubah=sangat baik dan sopan santun=blaja agama sahaja.maafla makcik,saye tak sanggup jadi fake.

wah entry ni dah jadi macam ape pulak!padahal tadi aku nak cakap pasal 200820082008 je.

kesimpulan,duit hangus,dan resit atm aku esok tak akan mengeluarkan nombor cantik seperti 20082008 ni.cis.

6 comments:

Niksu Rashid said...

hannah! i want to get married on the 2011.2011.2011 la mcm ni. tapi masa tu, mcm baru 22 kot? hahahha!

hannahsahimi said...

haha bolehh la tu..
asalkan cukup matang,dan ready utk memikul tanggungjwb besa..hahahahaha
silela jemput saye ke wedding anda ye?huhu

nfy said...

agree..the translation was crap

aku pun x sanggup nak jadi fake..makcik tu x tahu org arab dressing lagi dahsyat (kalau yg x pakai jubah la)..hahahahahaha

hannahsahimi said...

gahaha..setuju2 faridah,kite kene ajak org2 sebegini melancong ke mesir sat..tgk keadaan di sana..terbuka sikit minda..gahahaha

amelin. said...

woi, sume dah rancang nak kawen..
takpe, bia aku jadi tukang plan wedding korang.
muahahaha..

ohh, nanti aku hadiahkan korang dorang satu lagu sempena hari kawen korng..

sayang kamu!!

hannahsahimi said...

haha ok amelin..akan saye nantikan!hahaha..thanks in advance! :P