Friday, September 26, 2008

kadang-kadang.

Setuju tak,kalau saya kata..

Kadang-kadang,the simple is better.

Kadang-kadang,persiapan hari raya yang under budget lebih bermakna.Sebab kadang-kadang,semuanya dibuat sendiri.kusyen dibuat sendiri,cushion case dibuat sendiri,langsir,baju,kuih raya,semua dibuat sendiri.Hati mesti lagi girang kan?

Kadang-kadang,benda mahal tidak semestinya cantik sebab kadang-kadang,benda murah lagi cantik dan nampak mahal.

Kadang-kadang,tidak mengapa mendapat benda murah sebagai saguhati,sebab kadang-kadang,it's the thought that matters.

Kadang-kadang,tidak mengapa jika tidak mendapat hadiah sewaktu hari jadi,sebab kadang-kadang,satu message atau phone call dari orang jauh atau yang telah lama tidak berhubung adalah cukup sebagai hadiah yang sangat bermakna.

Kadang-kadang,kenal semua orang besar dan mempunyai connection yang berlambak juga tidak berguna,sebab kadang-kadang,bukan semua perkara boleh diselesaikan atas sebab anda mengenali orang-orang besar.

Kadang-kadang,bank tempatan pun tak guna juga sebab terlampau kuno sampaikan bank draft pon tak ada dan tak boleh transfer duit secara atas talian(online),kena pula suruh aku pergi shah alam untuk mentransfer duit ke bank lain wtf.mencabar kesabaran time bulan puasa sungguh!tapi,kadang-kadang,bank antarabangsa pun tak guna juga sebab kadang-kadang tak boleh keluarkan duit langsung di atm di luar negara(contoh:egypt yg ku 'sayang').better lagi guna bank tempatan walaupun die charge agak melebihi tahap norma.wtf sungguh.

Kadang-kadang,ada pihak kata nak tolong pelajar-pelajar jurusan kritikal dengan biasiswa atau pinjaman,tapi nak mendapatkan borang tu kadang-kadang menaikkan darah orang sampaikan terasa mcm nak sepak2 masukkan dalam kubur.Dan kadang-kadang,pegawai yang kerja dengan pihak yang kata nak tolong pelajar-pelajar tu pon rasenye tak sekolah tinggi kot.patutkah dia cakap bidang pergigian bukan jurusan kritikal?wtf.

Kadang-kadang,kita tak sedar,bahawasanya kita dah membuatkan dunia ini bertambah sakit dengan pelbagai pencemaran dan dunia selepas kehidupan semakin dekat dengan kita.

Kadang-kadang,kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada sebab kadang-kadang,bila kita pergi negara orang (contoh:egypt yang paling 'best'),baru kita sedar betapa bertuahnya negara kita ni yang membangun.

Kadang-kadang,bila time kecil-kecil,kita sering bergaduh dengan adik beradik sampai tahap membenci tapi kadang-kadang,kebencian itu sebentar sahaja,apabila dah besar nanti,kita akan jadi rapat sangat.saya sayang adik beradik saya!

Kadang-kadang,duduk berjauhan bagus juga kan?sebab kadang-kadang,kalau duduk dekat-dekat,ada saja yang tak puas hati lalu sering berlaku pergaduhan.

Kadang-kadang,kawan lelaki lebih penting daripada teman lelaki atau lelaki yang disukai(untuk kaum hawa sahaja),sebab kadang-kadang,teman lelaki atau lelaki yang disukai tu adalah major loser yang melayan kita mcm sampah tapi kawan lelaki tetap layan kita macam manusia.

Kadang-kadang,hidup solo lebih baik daripada berteman,sebab kadang-kadang,dia akan mengganggu kita belajar dan mengganggu kewangan kita.Dan,hidup solo boleh melakukan apa sahaja dan berskandal dengan sesiapa sahaja tanpa menyebabkan orang lain jealous.tapi kadang-kadang,hidup solo pon bosan juga kan?

Kadang-kadang,ada hikmahnya menulis pada ym,msn dan sebagainya sebab kadang-kadang time kita marah kita hanya akan menulis wth wtf fuck dan sebagainya tanpa menyebut yang mungkin akan menyebabkan amalan puasa berkurangan.

Kadang-kadang,duit bukan segalanya,sebab kadang-kadang,bukan semua benda boleh dibeli dengan duit.

Kadang-kadang,kita leka dengan dunia sebab kadang-kadang,terlampau banyak cabaran dunia yang kita rasa patut dikejar sehingga kita lupa dengan dunia afterlife.

Kadang-kadang,imam tarawih itu sangat kacak dan muda,membuatkan kita suka mendengar imam itu membaca surah,tapi kadang-kadang,kita ke surau bukan sebab itu,hanya kebetulan sahaja imam itu kacak.

Kadang-kadang,orang akan menyindir :'aik?buat 8 rakaat je ke?'.tapi kadang-kadang,kalau buat 21 rakaat pon tapi asyik mengata orang pun kurang sikit kan pahala 21 rakaat tu?

Kadang-kadang,orang yang baru kahwin,suka menunjuk-nunjuk husbandnya yang konon banyak duit,boleh belikan beg gucci original,tapi kadang-kadang,kalau husband itu tak solat,macamana?

Kadang-kadang,kita tak rasa macam nak balik ke negara orang,nak duduk je di negara sendiri,tapi kadang-kadang,kita kena terima hakikat,dan berkorbanlah sedikit,walaupun negara itu tak sehebat negara orang putih,tapi kita tetap perlu belajar,bukan?

Kadang-kadang,kita kena bergaduh,tengking-menengking untuk mendapatkan apa yang kita mahu,sebab kadang-kadang,kalau kita dah dapat apa yang kita mahu,dan orang lain belum mendapatnya,kita boleh la berbangga sedikit,tapi tak boleh berbangga banyak,nanti menjadi riak pula.

Kadang-kadang,semua orang salahkan kita,tapi sebenarnye bukan salah kita,tapi sebabkan dia lagi tua,kita ikutkan saja,dan kalau salah,kita pula yang disalahkan,tapi sebenarnya kita tahu je benda tu mula-mula lagi dah salah,tapi tak mahu beritahu,sebab dia lagi tua,tapi,kita disalahkan juga sebab tak beritahu dia awal-awal,tapi kadang-kadang,kalau kita bagitahu,nanti dia tetap dengan pendiriannya pula,dan cakap kita juga yang salah.tak fair kan?

Kadang-kadang,kita rasa kita betul,tapi kadang-kadang kita salah juga,cuma kita tak sedar.betul?

8 comments:

dAkBaiK said...

betul betul betul..tapi xsemua betul kot..sebab itulah hakikat hehe....pandai sungguh aku komen tapi leh tahan la setuju ada gak xsetuju wtf, apa semua tuh memang menaip tapi xsebut tapi niat ada salah jugak kok..:D, pastu about international punya kes tu aku xtau apalah samalah jugak perempuan punya kes no idea nak komen..pastu2, kadang2 bayank sangt boleh kurang sket dak haha...lastly plz ignore my comment tq :D

hannahsahimi said...

dakbaik,
haha aku tau pasal part wtf tu.aku saje je tulis.haha :p

Niksu Rashid said...

aku suke paragraph second last dgn last. and paragraph2 yg lain tu, mmg betul. nak agree dgn semua paragraph la, boleh? huhu.

hannahsahimi said...

niksu,
haha ok boleh je nak agree dgn semua paragraph. :)

Hannaani said...

soooo many kdg2.i do agree with u!kdg2 bile dh mrh TERmaki hamun la bnde yg kdg2 kite sbut ahaha

AALAA' said...

hahaha kadang2 aku suka membaca entri begini..lebih2 lagi pasal frasa frasa yg tak sedap didengar oleh golongan masyarakat seperti wtf dan perkataan seperti jenama terkenal fcuk itu. haha :D

hannahsahimi said...

hannaani,
ye setuju!huhu.

kak alaks,
haha terima kasih kot sbb suka bace entri mcmni.huhu

ahmad said...

selamat balik blaja....n selamat ari raya.....