Tuesday, September 09, 2008

kau tak berfikir ke?

aku tak pergi tarawih harini..
tapi jangan risau,nanti aku buat tarawih di rumah.haha.

kau orang semua pon tahu kan betapa aku tak setuju dengan racism.aku rasa orang-orang yang berfikiran racism ini patut diletakkan di kampung ternak kambing ataupon kalau malas sangat bekerja duduk la kau di bawah jamban.

apehal la nak kecoh tiba-tiba pasal perkauman ni?ini kan bulan mulia,kenapalah kau saja nak buat dosa menyakitkan telinga,hati dan perasaan pihak-pihak yang mendengarnya?

atau kau tak berfikir?

ada seorang pemimpin tu cakap kawan-kawan aku ni squatters,immigrants.lepas dia buat chaos dalam negara dan menyebabkan kaum kawan-kawan aku ni bengang dan suruh minta maaf,dia tak mahu pula.apesal dia taknak minta maaf,kau jangan tanya aku.

aku malu kot sekaum dengan pemimpin tu.aku rasa macam dia deserve untuk dibuang negeri je.ape lah.duduk malaysia,jadi pemimpin,tapi perkauman.WHAT THE FISH???aku rasa kalau orang bakar rumah dia pon aku tak hairan la.perangai macam budak-budak.

aku rasa cucu jiran aku yang berumur 6 tahun tu pon lagi boleh berfikir daripada dia.mungkin cucu jiran aku tu akan pergi meminta maaf jika dia telah membuatkan orang lain naik angin.

masalahnya sekarang,bukan kaum kawan-kawan aku tu je yang naik angin,aku pon naik angin juga!aku merasa tempias dia beb!

minta maaf pon susah sangat ke?kau berumur 3 tahun ke sampaikan aku kena ajar kau mcmana nk minta maaf?
macamni..

'saya minta maaf sebab saya dah buat kecoh kat malaysia ni'
ha kan senang?

adik aku ade cerita haritu classmates dia main baling-baling beg dia,kesian adik aku,(dia di sekolah seorang yang pendiam bukan macam kakak-kakak dia yang melompat sana sini tersengih sampai nampak gusi terkejar-kejar sana sini dengan aktifnya.)haha.lepas itu,aku tanya dia apa dia buat kat budak-budak cina tu?dia kata dia tak melawan,dia cuma cakap,dan aku translate biar semua orang faham,

'saya takmahu apa-apa,saya hanya mahu kamu hormati saya' ha mcmtu la lebih kurang translatenya(maaf,aku tak hebat translate-translate ni)

jadi budak-budak itu pon telah meminta maaf kepada adik aku yang bertuah ni.dan mereka berkawan sejak itu.

moral
: jika mahu orang hormati kita,kita perlu belajar menghormati orang juga.jangan berlagak kau tu pemimpin sampaikan tak ingin minta maaf kepada orang lain.

heh ingat gah sangat ke kedudukan kau?meninggal nanti masuk kubur juga!

mari sini aku cerita kenapa aku cakap aku merasa tempias mereka.

aku dipandang serong 45 darjah oleh orang melayu sebab aku dari sekolah cina.
aku tak pernah pon dapat layanan bumiputera di sekolah aku.they treated me as one of them.
aku berkawan dengan orang cina selama 11 tahun(and counting).jadi,aku faham keadaan mereka,aku faham cara kehidupan mereka,kesusahan mereka mendapatkan sesuatu di malaysia ini.aku faham,dan aku turut bersimpati.

aku bukannya nak cakap aku tak suka jadi melayu.tapi aku rasa melayu ni mengada sangat!semuanya nak ikut cakap dia je!fikiran minimalis.

kutuk la..kutuk sesuka hati kau terhadap mereka yang berlainan kaum ni.

JANGAN KAU MENGADA-NGADA NAK DATANG PELUK CIUM MEREKA YANG BERJAYA MENGHARUMKAN NEGARA.

ingat balik,siapa yang bawa balik satu-satunya pingat pulang ke malaysia masa sukan olimpik tempoh hari.kaum ape lee chong wei tu?
melayu?BUKAN sama sekali.
melayu,jika dijulang sekali sahaja namanya,takkan ada kali kedua namanya menjadi hero negara.
kenapa?sebab melayu mudah lupa.berjaya sekali difikirkan telah memegang dunia kononnya.cakap nak gah!tapi habuk pon tiada.

senang jadi orang melayu.belajar tak perlu teruk-teruk pon dah boleh dapat tempat tinggi-tinggi.kaum lain belajar teruk-teruk sampai muntah menangis dan sebagainya pon,amat tipis peluangnya untuk mendapat tempat tinggi-tinggi.hanya swasta menjadi pilihan hati.kalau dapat matrikulasi pon amat seronok sekali.amat bersyukur mereka itu.lihat?siapa kata mereka dapat layanan yang sama seperti orang melayu.siapa?

kau tak berfikir ke?

kau nak cakap pasal sejarah,di mana malaysia dikenali sebagai tanah melayu.tak fikir ke itulah sebabnya wujud toleransi antara kaum,makanya malaysia diwujudkan.simple.

lepastu ada pula makhluk tuhan yang bertuah bergaduh-gaduh di satu forum fasal siapa bukan pendatang wtf.dan yang buat aku gelak guling-guling ialah..

dimana perangai mereka mengalahkan kanak-kanak menuduh-nuduh orang bodoh,keturunan bodoh,isteri bosnia wtf.

ah aku malas nak campur,yang penting,kalau kau alim sealim yang mungkin,tudung selabuh-labuhnya,songkok tak tanggal-tanggal,kalau kau racist,aku tetap tak respect kau.biarla apa orang nak cakap pasal aku,aku benci racist dan aku mempunyai ic biru.

13 comments:

ME said...

Haha..
sebab tu MALAYSIA DITUBUHKAN
setuju.

hannahsahimi said...

yes!
ade orang setuju!
thank you :D

Nurul Nuha said...

hannah!
saya banyak homework!! uwaaa!!
i cant do the tagged post..
skang baru taw susah nye jd budak dentist after lama gila cuti kat rumah..
nak kawen la..hoho!~

tapi bleh je kalo ko nak tag aku after this, ill do whenever i gone crazy with lectures. huhu..

hannahsahimi said...

haha okok.jgn stress!
gosh i think i hv to enjoy my holidays now.haha.

eh jap,kau jangan lupa invite aku kalau kau kawen!
haha

dAkBaiK said...

panjangnya aku xlarat baca lagi daa....nanti aku baca semula(leh caya ka?)haha:D

hannahsahimi said...

haha okok aku buat2 percaye :P

dAkBaiK said...

hah memang aku setuju sgt2...sebenarnya org2 mcm tu xpatut ada kat situ tu ja jawapan aku, memang xsesuai...salah tempat tuh. tapi bub2 politik niek adei aku xberani komen pajang haha...sebb aku ada kekurangn:D

p/s okes aku baca gak tapi baca isi2 penting ja :D

chef hasyimah said...

mmg betul pun apa ko ckp tuh
org melayu ni take things for granted je
yg pemimpin asyik makan rasuah
makan duit rakyat
macamana rakyat nak maju?
harap-kan pagar, xleh harap..
yang melayu pun x sedar diri
dah dapat masuk IPTA
x bersyukur...
course senang pun
xleh dapat dekan
musykil sungguh...
yang di sebok-kan
ber-sosial
sibuk chari cinta bukan ilmu
bercintan sana sini
bila putus frust menonggeng
pelajaran ntah kemana
membazir betul!
baru2 ni
baru bagi cadangan nak masukkan
10 percent bukan bumi dalam uitm
baru cadangan tuh
dah melenting!
demo sana sini
siap tulis
melayu makan melayu
apa kes?!
klu betul ko tu layak masuk uni
buktikan!!
sebab ko takut-lah
ko bantah cadangan tuh
takut budak cina
lagi pandai dari ko
lama2 ko kena tendang kuar-lah
klu macam ni
sampai bila pun
duduk kat takuk lama-lah
............
pnjg plak aq membebel
anyway teruskan memblog!
saya suka hasil kerja anda
yay!~

hannahsahimi said...

dakbaik,
politik ke?haha aku cume meluahkan rase tak puas hati je kot.haha..

isi2 je pon jadilah dakbaik..haha

chef hasyimah,
terima kasih kerana mengomen pjg!huhu.betul2.melayu penakut kot.haha.

thanks lagi skali.yay!~

Hannaani said...

luqman trlalu naive utk dprlakukan sbgitu!sy ksihan bg pihak die :)

hannahsahimi said...

huhu takperlu.
mereka sudah berkawan.huhu
peace.gaha

Syukri Shairi said...

Hannah, CONGRATULATIONS! haha. patut ada ramai lagi org melayu mcm kamu (:

hannahsahimi said...

syukri,
haha setuju!melayu kena cepat sedar!haha..

thanks syukri!hehe:D