Tuesday, September 30, 2008

عيد مبارك

Selamat Hari Raya.

Maaf Zahir dan Batin.

Maafkan saya andai tersilap kata,terkasar bahasa,tersakitkan hati,tercelupar,termengumpat,terganggugugat,terkurang ajar dan segala 'ter' yang saya telah lakukan tanpa saya sedari sepanjang saya berkawan dengan kamu semua,dan sepanjang blog ini terkeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan sesetengah pihak.

Bagi yang bakal memandu pulang ke kampung,berhati-hati di jalan raya!bace doa naik kenderaan,tidur biar cukup.make sure everything is ok.jangan tertinggal orang.sayangilah nyawa anda dan mereka yang menaiki kereta anda.Walaupun kampung anda hanya beberapa minit perjalanan,tetap wajib berhati-hati.

Bagi yang sibuk menyediakan kuih raya dan juadah raya,take it easy,relax.Bagi yang disuruh untuk mengemas rumah,selamat mencantikkan rumah anda!

Bagi yang beraya nun jauh di perantauan,selamat hari raya!diharap tidak terlampau sedih.jom berfikir secara positif:jika bukan sekarang raya di perantau,bila lagi kan nak dapat pengalaman sebegitu?hee.tak mengapa,jika panjang umur,raya akan datang mungkin dapat peluang beraya bersama famili. :)

Hari raya,hari yang mulia,hari untuk kita buang yang keruh,ambil yang jernih.Hari untuk kita forgive and forget.Dan hari untuk kita lupakan yang dahulu dan start yang baru.

Jadi,jom salam!minta maaf ye?harap dapat halalkan makan minum,halalkan ape-ape yang patut dihalalkan lah! hee:)

Raya dah datang,tapi Ramadan akan tetap dirindui.Harap-harap dapat bertemu lagi Ramadan tahun depan. :)




عيد مبارك

كل سنة وأنتم بخير

2 comments:

Hannaani said...

mari bermaafan sesama kita :)
selamat hari raye.raye dtg rumah!

dAkBaiK said...

raya dgn slamt....slmat dgn raya... raya raya raya.. esok raya hohoho