Thursday, August 31, 2006

merdeka.

dahulu.tatkala tunku abdul rahman melaungkan 'merdeka',aku tak wujud lagi.mak aku baru berusia sebulan.bapaku pula sudah 6 tahun.nenekku pernah bercerita,bagaimana dia mengondeng adik beradik makku berlari ke sana ke mari bersama arwah datukku tersayang menyelamatkan diri dari ancaman komunis.kasihan mereka,kais pagi makan pagi.kais petang makan petang.nutrisi utama mereka hanyalah sekadar ubi kayu.namun,mereka tetap teguh,tabah menghadapi dugaan.

nenekku juga pernah bercerita,betapa seksanya zaman dahulu kala.begitu mengharap-harapkan datangnya hari bersejarah kemerdekaan negara.dahulu,rumah mereka hanyalah papan.tandas pula berada nun jauh di luar.kini,kita dapat merasakan keselesaan rumah kita dengan pelbagai peralatan berteknologi tinggi.kita mempunyai peti sejuk.kita mempunyai televisyen,penghawa dingin,komputer.namakan apa sahaja.kita mampu mendapatkannya berbanding dahulu,peti sejuk begitu jauh dari khayalan.dahulu,remaja telah pon memperjuangkan negara.menuntut kemerdekaan.berbanding kita,semuanya bergantung kepada ibubapa kita.bertuahnya kita.dahulu,wanita tidak berpeluang untuk mendapatkan ilmu.kini,kita yang disuruh ke sekolah,menjadi malas.tidak mementingkan pendidikan.tidak malukah kita?

dahulu,mereka mempertahankan maruah diri,negara dan agama supaya tidak diperbodohkan oleh penjajah,kini,ramai menganggap bahwa semuanya sudah tidak bererti.kita memperbodohkan diri kita sendiri.memalukan negara,diri dan agama.jelas bahwa kita tidak menghargai jasa mereka yang sanggup berkorban untuk memerdekakan negara kita.hancurnya harapan mereka.tidak kesalkah kita?

ingatlah wahai rakyat malaysia.kita sudah merdeka.49 tahun lamanya.kita perlu memerdekakan diri kita.ingatlah bahwa sejarah itu bakal berulang.selamatkanlah negara kita sebelum ia berlaku.wahai rakyat,kibarkanlah jalur gemilang.banggalah sebab anda adalah rakyat malaysia.senyum tatkala nama negara kita disebut.telanlah apa yang diperkatakan oleh mereka tentang negara kita walaupun pahit.55 minit sahaja yang masih tinggal.ayuh!tunjukkanlah semangat patriotik anda!merdeka!merdeka!merdeka!

selamat hari jadi,MALAYSIA.

2 comments:

amelin. said...

hannah, lin pon rase mcm tuh...
kte kne bangge jd malaysian...
kne harumkan name negera...
laungkan laaa merdeka utk menunjukkan kebanggaan kte sbg rakyat malaysia...

merdeka!!
merdeka!!
merdeka!!

hannahsahimi said...

bagusla lin!!mesti berjiwa patriotik!!
merdeka!
merdeka!
merdeka!