Friday, October 27, 2006

raya

raya pertama.
balik kampung was fun.diiringi dgn kompilasi lagu2 sudirman.suasana di kampung menjadi bertambah indah.nenek tampak ceria dengan warna baju rayanya yang menyerlah.jarang dapat melihat nenek sebegitu.suasana bertambah meriah dengan kehadiran anak2 sepupuku yang seronok bermain di perkarangan kampung.

kerja2 bermula sesampainya kami di kampung.mak2 saudara berteriak sana sini menyuruh kami menjalankan tugas.belum sempat melabuh punggung,sudah banyak kerja yg perlu dilakukan.'hannah,buat air!''hannah,potong lemang!''hannah,jaga budak!''hannah,org nk jumpa' sebagainya.tekanan belajar agak berkurangan.kepenatan membina.keseronokan mengatasi segalanya!

setelah sembahnyang,kami terus pulang.kondisi ayah yang tidak begitu sihat menghalang kami utk menginap di kampung.beberapa jam selepas pulang.telefon memekikkan telinga.abang irwan berada di talian.katanya,pak andak sekeluarga akan datang ke rumah.mak nyah pon akan sampai.

dengan segera kami membersihkan rumah.emak di dapur memanaskan rendang,memotong ketupat,dan menggoreng karipap.mereka sampai.ramai budak2.aku amat gembira dengan kehadiran bayi2 dan budak2 kecil.kak ina bawa amirah.amat comel.abang jemi bawa amir.juga comel.kehadiran mereka memeriahkan rumah.bayi2 itu menjadi tumpuan utama.aku berbual dengan kak hanim.setelah agak lama berbual,muncul satu soalan.

kak hanim: hannah sekarang form berapa?
aku: spm lagi 3 minggu lagi.
kak hanim: oh!form five!nampak macam form 2 baru.
aku: ha?
azri menyibukkan diri.datang kepada kak hanim.
kak hanim: kamu ni form five kan?
azri: form 4.lagi kecik dr org tu.[menunjuk kpd ku]
bengang tak terkata.aku tahulah aku pendek.aku sekeh2 kepala budak tu.mak muncul.
mak: azri ni besar mcm budak universiti.mcm budak first year.
aku: [ketawa dgn annoying nya].padan muka kau.
azri malu dan senyap.kebanggaan menguasai diri.huahuahua.

raya kedua.
awal2 pagi telefon telah berbunyi.kata achek,mereka sekeluarga akan sampai lepas zohor.tak lama kemudian,abg zaki juga menelefon kami.mengatakan bahawa,kak beha sekeluarga,dia sekeluarga,kak zehan sekeluarga dan abg norman sekeluarga akan sampai pukul 2.agak2 adalah dalam 30 orang.mereka membawa anak2 mereka.niatku untuk meneruskan bacaanku terbantut tatkala emakku memerlukan pertolongan di dapur.

abg zaki: kau spm kan?
aku: ha'ah.
abg zaki: brape subject?
aku: 11.
abg zaki: oh,ambik mandarin kan..apsal x amek 28 je.pastu kau bgtahu press.confirm result semua A..macam amalina.
mak eton: dia buat mcm tu ke?
abg zaki: ye..dgr khabar angin la kan,dia susah kat uk tu.spm kan menghafal je.dia dah ke sana tak terhafal la.
kak zehan: est ada kan?
aku: ha'ah.
kak zehan: est susah tau.kak zehan mark est.budak2 boarding school haritu trial banyak dapat b.
aku: [ni yang tak puas hati ni..nak membanding2kan orang!]
kak zehan: trial haritu est dpt apa?
aku: A..[dan terus blah dari situ.]

sampai melayan budak2,aku membaca novel konserto terakhir.kak ngah anak mak nyah[ok,nama x tau] datang.

dia: baca apa ni?buku cerita?
aku: ha'ah.novel.
dia: nak spm kenapa baca buku cerita?
aku: ni masuk spm lah!..[dan terus x pedulikan dia]

mereka datang.mereka komen.mereka banding2kan orang.hanya utk menambahkan tekanan aku.aku benci org yang suka membanding2kan orang.namun,di hari yang mulia ini,aku memaafkan mereka.aku senyum.mereka beri duit raya.haha.gembira.

No comments: