Thursday, September 07, 2006

minggu terakhir

hari isnin yang lalu.
saya telah menjawab soalan2 bahasa melayu1 dan 2.ia amat susah!baharu dan baru itu sama la hannah!!hina-dina itu apa hah??..konserto terakhir dan bukit kepong.oh tidak.apa kaitan perikanan dgn sektor pertanian hah?gambar tak jelas.

semalam.
soalan struktur bagi sejarah 2 amat doink!saya kehilangan banyak markah di situ.esei ok sahaja.
semasa menjawab sejarah 1.saya rasa amat sejuk.saya psst sini dan psst sana.saya kata saya amat sejuk.mereka tak setuju.mereka kata mereka amat panas.mereka pelik.saya pelik.saya mula pening2.saya tidur setelah selesai menjawab soalan.saya tak check.haha.
biologi 1.saya tidak tahu apa yang saya telah buat.saya buat lalu tidur kembali.

malam tadi.
hani telah datang ke rumah saya untuk memulangkan cd dan meminjam buku.saya telah beri dia hadiah hari jadi.mak menegaskan saya untuk memakan 2 caplet panadol.saya telah mengikut kata ibu saya.selepas itu,saya mula muntah2.lalu,kefobiaan saya terhadap ubat melanda kembali.antibiotik kelenjar saya terpaksa ditumbuk2kan untuk memudahkan proses penelanan.mereka mentertawakan saya.saya kata:'serbuk,luas permukaan besar,kadar tindak balas tinggi!lagi cepat sembuh!tak belajar ke kimia?'jadi,saya terus tidur seawal 9.00 malam.saya tak sentuh buku pon malam itu.

hari ini.
fizik 2.saya merasakan ia sesuatu yang amat susah.memandangkan saya masih lagi pening kepala,saya susah untuk memfokuskan konsentrasi saya.jadi,saya main buat sahaja.ada juga yang saya tidak cukup masa untuk jawab.adoi!!
english 2.ok la.tiada apa2 komen untuk itu.di kala saya menjawab.saya tiba2 merasa kepanasan.saya telah membuka sweater saya.guru datang kepada saya.dia tanya,dah sihat ke?saya cakap sudah!mereka2 pula menyibuk dengan tanya saya 'hannah,dah panas ka?'akhirnya mereka gembira.bukan sebab kawan mereka ini dah sihat,tetapi sebab mereka boleh membuka kipas kembali...-.-"

esok!!!
hari terakhir!!!!!!!!!!
saya amat gembira!!
kertas terakhir esok adalah est 2.
selepas esok,saya mahu tidur sepuas2 hati.dan berkemungkinan mengikut ibu tercinta saya pulang ke kampung pada hari jumaat.jumaat saya tidak mahu ke sekolah!!

No comments: