Friday, September 08, 2006

tamat

trial dah habis!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
amat gembira!
tetapi,
sabtu sekolah ganti!
dan selasa bermulanya gerak gempur.saya mahu betulkan segala kesalahan saya dari trial hari itu ke dalam peperiksaan gerak gempur saya.saya harap saya boleh improve.
tadi,semasa menjawab soalan peperiksaan,guru bahasa cina saya telah menghampiri saya,dia memberitahu saya bahawa saya seorang sahaja budak melayu yang lulus bahasa cina.saya amat gembira!setelah itu,saya memberitahu syaf dan nadia.saya cakap kuat2 bagi courtesans itu terdengar.mereka gagal.itulah.nak berlagak dengan saya lagi!padan la muka!tak tahu malu betul!hahaha.

sebelum rehat,kami mendapat kembali kertas matematik tambahan kami.alhamdulillah.keputusannya agak memuaskan.saya hanya amat kesal kerana saya telah banyak buat kesalahan yang tidak sengaja!contonhnya...
8-(-5-3)= 8-8 ?????apa ini hannah??budak darjah satu pon tahu!!!!
dan.. saya telah tersalah tafsir antara varians dan sisihan piawai.terasa kebodohan menyelubungi diri.tetapi saya amat suka hati apabila kedua2 courtesans itu gagal lagi!!itulah..lainkali,jangan nak kutuk orang sahaja!hahaha!puas betul hati saya!yang lain masih belum diketahui.

soalan EST tadi amat menyeronokkan!

No comments: