Friday, February 16, 2007

sejarah tahun baru cina.

Sejarah Tahun Cina.
Dahulu,Buddha dtg ke Bumi dan mahu berangkat pulang.dia memerintahkan 12 ekor haiwan untuk meraikan kepulangannya. Hadiahnya,kata Buddha, setiap ekor haiwan akan dianugerahkan satu tahun.Namun,untuk mengetahui haiwan yang mana mendapat tempat pertama,Buddha telah memerintahkan mereka untuk bertanding antara satu sama lain.Keputusan telah diketahui dan akhirnya tikus telah memenangi pertandingan tersebut.diikuti dengan kerbau,harimau,arnab,naga,ular(saya dan abraham lincoln),kuda,kambing,monyet,ayam jantan,anjing, dan khinzir.Jadi,setiap tahun baru cina mesti disamakan dengan seekor haiwan.Misalnya,tahun ini,tahun 2007 bersamaan dengan tahun khinzir.Tahun depan pula,tahun 2008 bersamaan pula dengan tahun tikus,dan ia akan berulang2.

Sejarah Tahun Baru Cina.
Dahulu,di sebuah kampung,terdapat seekor raksasa bernama 'nien' yang sering datang ke kampung tersebut untuk membuat kacau.Seluruh warga kampung itu akan berlari lintang-pukang sekiranya nien datang ke kampung itu.Pada suatu hari,nien telah datang menyerang kampung itu.warga kampung itu pula segera memasang mercun.bunyi mercun itu akhirnya mengejutkan nien dan nien lari meninggalkan kampung itu dan tidak kembali lagi.warga kampung itu amat sukacita.jadi,mereka pon menyambut ketiadaan nien menyerang mereka lagi setiap tahun dengan bermain mercun.xing nien kuai le!



fu


picture : fu.
perkataan fu diterbalikkan adalah kerana dalam bahasa mandarin,terbalik itu adalah 'dao'.datang/sampai juga disebut 'dao' dalam bahasa mandarin.fu pula bermaksud kekayaan. jadi 'dao fu' bermaksud datang kekayaaan.ia akan ditampal di rumah2 orang cina pada tahun baru cina.
yee shang.
yee shang adalah sejenis makanan.ia hanya dimakan pada tahun baru cina.yee shang adalah macam salad.ia adalah kombinasi antara sayur-sayuran dan ikan salmon.sedap wor!sebelum memakan yee shang,perlulah mencampur-campurkan sayur2 dan ikan itu dahulu.kemudian,perlulah melambung tinggi-tinggi campuran yee shang itu.semakin tinggi dilambung,semakin banyak kekayaan akan didapati pada tahun itu.

kemas rumah.
orang cina tidak boleh mengemas rumah pada tahun baru cina.mengikut kepercayaan,jika sapu sampah pada tahun baru cina bermakna mereka telah menyapu keluar segala kekayaan mereka.oleh itu,orang cina kemas rumah mereka sebelum tahun baru cina.

sedikit sebanyak mengenai tahun baru cina.nak makan yee shang!!


No comments: